Menjual barang2 berkualiti dari UK..ada yang baru dan ada yang telah digunakan tetapi semua barang2 yg dijual didalam keadaan baik,cantik,bersih tanpa sebarang masalah seperti sumpit atau retak. Dan tujuan saya menjual dan mempunyai blog ini untuk berkongsi minat dalam mengumpul barang2 yg berkualiti dengan harga yang berpatutan. Tiada niat untuk berlawan dengan sesiapa pun di dalam 'bisnes' kecil ini. Diharap semuanya berfikiran positif dengan adanya blogspot/ bisnes masing2. REZEKI semuanya di tangan TUHAN, kita berusaha dan kita ada HAK kita sendiri so gunakan lah dgn niat yang ikhlas dan sebaiknya.

Terima kasih untuk semua sokongan yang diberi.

THINK POSITIF BE HAPPY.

Friday 25 June 2010

1st day in Blogspot

Hi...

Saya Gie Yusoff..sekarang ni berada di bumi Edinburgh,Scotland, United Kingdom kerana mengikuti suami menyambung pelajaran Phd di Herriot Watt University.
Tidak terasa cepatnya masa berlalu saya telah pun berada di sini selama 2 tahun
insyaallah tahun dpn boleh balik...yeaayyyy. So baru sekarang ni saya berkesempatan untuk membuat blog saya sendiri ialah selama ni sibuk menguruskan rumahtangga dlm segi memasak..mengemas rumah dan menghantar dan mengambil anak2 bertuah saya pulang dari sekolah. Sekarang ni anak2 dah besar2 so boleh le mengadap komputer lama sikit berbanding waktu sebelum ni...hi..hi.
Anak bertuah yg sulong perempuan berusia 13tahun, yg ke2 lelaki bertuah 8tahun dan yg kecil lelaki bertuah berusia 5tahun.
Rindu pada keluarga..rindu pada rumahku syurgaku di Puchong dan rindu pada MAKANAN Malaysia.

No comments:

Post a Comment